01 August, 2009

Profile



Kelab Kaunselor Rakan Sebaya UiTM Perak merupakan sebuah kelab bukan akademik yang bergantung sepenuhnya bawah Hal Ehwal Pelajar UiTM Perak melalui Unit Kaunseling dan Kerjaya UiTM Perak. Matlamat penubuhan kelab ini adalah untuk menjadi platform kepada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Perak untuk menjadi pemimpin dan mempunyai budaya profesionalisme sesuai dengan prospek dan kehendak global pada hari ini. Kelab ini tidak hanya menumpukan pada aktiviti mentaliti malahan menekankan aspek fizikal dengan penerapan pelbagai program "serampang dua mata" yang bertujuan untuk membina dan membentuk modal insan berjaya.


Kelab ini telah ditubuhkan pada sekitar 2007. Oleh kerana masih baru, kelab ini hanya menumpukan pada keahlian sahaja. Pucuk kepimpinannya diteruskan oleh Saudara Tawfik dari program Diploma Pengurusan Hartanah yang telah membawa banyak perubahan. Banyak projek mega telah dijalankan oleh kelab ini pada zaman kepimpinan beliau. Antara yang paling dibanggakan ialah "Kem UPSR" yang berlangsung di UiTM Perak sendiri. Pada hari ini, Kelab ini diterajui oleh Saudara Shukri dari program Diploma Perakaunan.


Banyak aktiviti telah dijalankan oleh Kelab Kaunselor Rakan Sebaya. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti indoor dan outdoor. Aktiviti indoor kebiasaannya untuk mendedahkan pelajar dengan program kepimpinan dan kekuatan mental manakala aktiviti outdoor untuk mendedahkan pelajar dengan ketahanan fizikal dalam menyeimbangkan kekuatan mental.


Antara program yang telah kami jalankan adalah :

  • Program Induksi KKRS
  • Kem Jati Diri
  • Kem SMART UPSR bersama SK Seri Iskandar
  • Karnival Sukan Rakyat
  • Charity Car Wash
  • Ceramah Kewaja
  • Lawatan ke Rumah Anak Yatim
  • Indie Nite Grand Dinner
  • Lawatan Muhibah ke UiTM Utara
  • Perhimpunan PEERS Zon Utara
  • Majlis Berbuka Puasa
  • Annual Grand Meeting


Identiti Kelab Kaunselor Rakan Sebaya UiTM Perak adalah melalui logo tersebut :




Terdapat 4 motif daun pada logo tersebut

Daun berwarna ungu : Warna korporat UiTM.
Daun berwarna jingga : Semangat dan ketekunan ahli.
Daun berwarna kuning : Integriti dalam kepimpinan organisasi.
Daun berwarna putih : Kesucian dan keluhuran budi pekerti.
Gabungan 4 helai daun : Semangat kerjasama sesama ahli.


No comments: